Ramai keluarga mungkin tidak menyedari bahawa orang tersayang mereka telah meninggalkan manfaat takaful keluarga dan/atau insurans hayat yang masih belum dituntut. Manfaat ini mudah terlepas pandang, namun boleh memberikan sokongan kewangan yang bermakna ketika diperlukan.
Semak Kasih ialah platform khidmat awam percuma yang membantu keluarga mengenal pasti sebarang perlindungan takaful keluarga dan/atau insurans hayat yang ditinggalkan oleh orang tersayang yang telah meninggal dunia dan masih belum dituntut - dengan cepat dan mudah, semuanya dalam satu portal.
Layari semak-kasih.mycoverage.my.
Daftar akaun menggunakan nama, nombor pengenalan (MyKad/lain-lain), alamat e-mel dan nombor telefon bimbit anda.
Setelah pendaftaran berjaya, log masuk untuk mengakses Portal SEMAK KASIH.
Hantar pertanyaan dengan memasukkan nombor pengenalan (MyKad/lain-lain) si mati, nombor sijil kematian, serta memuat naik salinan sijil kematian yang jelas.
Jika rekod yang sepadan ditemui, anda boleh menghubungi kami melalui e-mel di [email protected] atau menghubungi 1300 13 2121 atau +603 3007 2121 (Isnin hingga Jumaat, 8:45 pagi hingga 5:00 petang, kecuali cuti umum) untuk bantuan lanjut.
Semak Kasih ialah sebuah platform yang mudah, boleh diakses dan selamat untuk membantu anda menyemak sama ada orang tersayang yang telah meninggal dunia mempunyai sebarang manfaat takaful keluarga atau insurans hayat yang belum dituntut daripada pengendali takaful dan syarikat insurans hayat yang mengambil bahagian.
Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang telah mendaftar di portal Semak Kasih.
Buat masa ini, portal ini hanya menyediakan akses kepada rekod takaful keluarga dan insurans hayat.
Produk yang layak untuk semakan termasuk sijil takaful dan polisi insurans yang dibeli oleh orang tersayang anda yang telah meninggal dunia. Portal ini akan menyediakan maklumat tentang syarikat insurans atau pengendali takaful yang perlu dihubungi.
Untuk membuat carian, anda perlu mengemukakan maklumat si mati, termasuk nombor ID (MyKad/lain-lain), nombor sijil kematian, dan salinan sijil kematian yang jelas.
(Nota: Hanya sijil kematian yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara diterima)
Hanya fail dalam format PDF, JPEG, JPG dan PNG diterima untuk sijil kematian, dengan saiz maksimum 5 MB)
Ya. Anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat sebarang carian.
Anda perlu menyediakan:
• Nama penuh
• Nombor ID (MyKad/lain-lain)
• Alamat e-mel yang sah
• Nombor telefon bimbit yang sah
Tidak. Perkhidmatan ini disediakan secara percuma.
Tidak. Portal ini hanya mengesahkan kewujudan sijil atau polisi serta mengenal pasti pengendali takaful atau syarikat insurans hayat yang berkaitan. Jika rekod ditemui, anda akan diberikan maklumat hubungan pengendali takaful atau syarikat insurans hayat berkenaan untuk pertanyaan lanjut.
Anda boleh membuat 3 carian dalam satu hari. Had carian anda akan ditetapkan semula dalam masa 24 jam.
Anda boleh mengemukakan pertanyaan kepada ISM di 03 7456 3960.